Pemilik ‘H’ terima padah salah ‘parking’, tapi perakam pun sama kena kecam
Tular di media sosial rakaman video individu yang nampaknya berang berdepan dengan sikap seorang pemandu Honda yang salah ‘parking’.
Kenderaan itu dilihat diparkir di depan pintu rintangan api di sebuah premis sehingga menghalang laluan sekiranya berlaku kecemasan.
“Ada duit nak pakai H, tapi takda common sense. Maaf ye bang, saya nak lalu ja,” tertera kapsyen dalam klip video itu.
Menerusi rakaman ringkas individu berkenaan, dia bertindak membuka pintu itu sehingga terkena bahagian bumper kereta tersebut.
Susulan itu, warganet melontarkan pelbagai komentar dengan ada yang menyokong tindakan individu berkenaan selain mengkritik perakam yang dianggap turut membuat kesalahan.
“Dia nak tunjuk kesalahan kereta H ni, ke kebodohan dia ?
“Salah sebab rakam je… kalau tak rakam, saya sokong 1,000% tindakan dia.
“Sebab rakam itulah buat sikit buka. Kalau tak rakam, tercabut dah bumper tu.
“Yang neutral dengan isu ni mungkin nak tunggu ada orang terperangkap semasa kebakaran, baru nampak salah (pemandu) Honda,” demikian antara komentar warga maya.
BACA JUGA Nampak terlampau ketara sakit hati bila Erdogan panggil Anwar sebagai ‘my brother’