FOTO BERITA | RM7 Juta projek paip baharu atasi tekanan air rendah

FOTO BERITA: Sidang Media oleh YB Anfaal Saari ADUN Taman Templer barsama Ir. Zahlan Sulsiman Pengedaran/ Operasi Rangkaian Air Selangor isu tekanan air rendah di Taman Selayang Baru di Jalan Len Omnibus, Taman Selayang Baru, Selangor. 14hb Februari 2025 (Jumaat)

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, YB Anfaal Saari, berkata projek projek paip baharu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 800 pemilik rumah di kawasan terbabit.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan projek penggantian paip baharu sepanjang 6.8 kilometer dengan kos RM7 juta bagi mengatadi masalah tekanan air rendah di Taman Selayang Baru

Menurut YB, beliau telah berbincang dengan pihak Air Selangor bagi mencari solusi terbaik selepas menerima banyak aduan daripada penduduk yang terjejas.

“Saya berharap maklumat ini dapat memberi kelegaan kepada rakyat bahawa kami komited untuk memastikan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan,” katanya yang juga merupakan EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor

Penduduk yang masih mengalami gangguan air digalakkan untuk melaporkan masalah mereka menerusi aplikasi Air Selangor atau menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Untuk penyelesaian jangka pendek dalam tempoh dua bulan, kita akan mencari sumber punca air baharu di Bandar Baru Selayang bagi menyalurkan bekalan tambahan kepada penduduk di Taman Selayang Baru,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Jumaat.

Menurutnya, masalah tekanan air rendah di kawasan itu berpunca daripada penggunaan paip lama serta faktor topografi yang lebih tinggi, yang menyukarkan aliran air terutamanya pada waktu puncak.

“Apabila tekanan air tidak dapat disalurkan pada kadar yang sepatutnya, penduduk terkesan dan mula membuat aduan. Kami amat memahami situasi ini dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik,” tambahnya.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Penolong Naib Presiden 1 Air Selangor, Ir. Sahlan Sulaiman, yang turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memantau perkembangan projek ini secara berterusan.

Â