Projek rumah mampu milik dalam manifesto kerajaan Terengganu kini terbengkalai

Projek Rumah Mampu Milik Dendong di Besut, Terengganu yang sepatutnya siap pada 2023 kini di sudah terbengkalai lebih setahun.

Projek tersebut adalah antara manifesto kerajaan negeri Terengganu yang menjanjikan 60,000 perumahan rakyat menjelang 2030.

Seluas 60 ekar tanah kerajaan di kawasan Dendong dirancang untuk dibangunkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40) memiliki rumah pertama.

Projek ini sepatutnya menyediakan 352 rumah teres mampu milik, 300 unit pangsapuri dan 237 unit teres 2 tingkat.

Laman Facebook Viral Media Terengganu mendedahkan perkara itu semalam selepas melakukan tinjauan ke tapak berkenaan.

“Projek dimulakan pada 20 Julai 2020. Dijangka siap sepenuhnya pada awal 2023. Namun projek ini terus bermasalah.

“Terdapat usaha kerajaan negeri pada 2023 apabila keadaan projek ini menjadi bualan masyarakat.

“Namun semakan admin beberapa minggu lepas mendapati projek masih seakan terbiar,” menurut perkongsian

BACA JUGA Masa dia perintah 33 bulan, seringgit pun tak naik – PM selar pembangkang

Â