Jelajah Klinik Bola Sepak Terus ke Seluruh Pulau Pinang Bimbing Bakat Muda

Jelajah Klinik Bola Sepak Jalan Teruih peringkat daerah Timur Laut telah berlangsung dengan jayanya di Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Pulau Pinang (EX Penang) dan Kolektif Jalan Terus, sebuah kumpulan sukarelawan yang dinaungi oleh YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Menteri Sumber Manusia.

Bola sepak merupakan sukan yang amat dekat di hati rakyat Pulau Pinang. Klinik bola sepak ini bertujuan memperkasakan sukan bola sepak negeri melalui usaha peringkat akar umbi, serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan anak-anak Pulau Pinang.

Seramai 100 orang peserta telah menyertai klinik bola sepak kali ini, yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu bawah 14 tahun, bawah 12 tahun, bawah 10 tahun, dan bawah 8 tahun. Para peserta menjalani pelbagai latihan sebelum diuji pada penghujung sesi klinik.

Perasmian Klinik Bola Sepak Jalan Teruih peringkat daerah timur laut telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas Khas YB Steven Sim, Encik Edry Faizal Eddy Yusof, serta penasihat EX Penang, Dato’ Seri Syed Mohamad Bin Syed Murtaza. Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai Khas Exco Belia dan Kesihatan Pulau Pinang, Encik Shukri Mokhtar.

Jelajah Klinik Bola Sepak Jalan Terus akan diteruskan ke semua daerah di Pulau Pinang bagi memberi peluang lebih luas kepada bakat-bakat muda untuk diketengahkan dan dibimbing dalam dunia bola sepak

Â