Perbuatan segelintir individu jangan dibiar rosakkan hubungan baik antara kaum

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan tindakan berunsur perkauman yang berlaku di sebuah gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, tindakan sedemikian tidak mencerminkan nilai kemanusiaan dan perpaduan yang dipegang majoriti rakyat di negara ini.

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya. Setiap individu berhak dilayan dengan rasa hormat tanpa sebarang diskriminasi.

“Melabel sesuatu kaum dengan istilah yang bersifat menghina tidak sepatutnya berlaku. Setiap kata-kata yang kita gunakan mencerminkan nilai diri dan masyarakat kita.

“Apa yang berlaku tidak menggambarkan sesuatu kaum. Selalunya, ada sebilangan kecil sahaja yang bersikap ekstrem dan rasis.

“Jangan biarkan perbuatan segelintir individu merosakkan hubungan baik antara kaum yang telah terjalin sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran mengenai seorang penjual jagung yang meletakkan notis jualan berunsur perkauman.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi menyeru semua pihak supaya kekal tenang dan tidak memperbesarkan isu tersebut sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

BACA JUGA Kesian, page Pemuda Pas kena balun selepas tanya belanja sekolah anak