Rupanya ada ‘wabak’ berlaku semasa AJL, ramai bimbang gejala ini membarah
Orang ramai dilihat tidak berpuas hati dengan fenomena pondan berpakaian menyerupai wanita yang seolah-olah menjadi ‘wabak’ semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 malam tadi.
Warganet bimbang gejala menonjolkan pondan itu akan membarah dalam masyarakat terutamanya dalam industri hiburan tanah air.
AJL yang menyaksikan lagu ‘Hening Rindu’ ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh bergelar juara itu turut menampilkan beberapa individu di karpet merah berfesyen wanita.
Rata-rata mendesak pihak media tempatan agar tidak lagi memberi penonjolan kepada fenomena pondan yang lazim dikaitkan dengan industri hiburan.
Antaranya, pengguna X, @nikkhazami yang mempersoal mengapa perlu ‘memondan’ dalam program hiburan.
“Perlu ke memondan di AJL? Seronok? Korang ni setiap tahun ada.
“Tak boleh ke pergi enjoy muzik macam orang normal?” katanya.
Sementara itu, @taufiq_tuah khuatir dengan trend memberikan publisiti kepada fenomena ‘perempuan’ jadian tersebut.
“Pondan akan bangga menjadi pondan. Lagi galak diorang nak tunjuk kepondanannya,” ujarnya.
Sehubungan itu, warganet menggesa pihak TV3 agar mengharamkan penonjolan fenomena pondan dalam program terbitan stesen televisyen tersebut.
BACA JUGA Lagi jimat ‘terbang’ ke tempat kerja, wanita ini ada sebab ulang alik Pulau Pinang-KLIA