Empat negeri PN paling ramai penagih dadah di Malaysia, ini fakta dari AADK
Empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) menduduki tempat teratas kadar penyalah guna dan penagih dadah antara 2018 hingga September 2024.
Menurut statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pada 2024 sahaja, Kelantan mendahului 980 bagi 100,000 penduduk diikuti Terengganu (925), Perlis (884) dan Kedah 790.
Seterusnya, Pahang mencatatkan 704 manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 700 dan 664 bagi 100,000 penduduk.
Sumber data penyalah guna dan penagih dadah serta bahan itu diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), AADK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP).
Secara keseluruhan, jumlah penyalah guna dan penagih dadah di Malaysia meningkat sejak 2021 dengan 123,139 kes diikuti 137,176 pada 2022, 145,526 (2023) dan 169,691 kes pada tahun lalu.
Bagi pecahan mengikut negeri pada 2024, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi penyalah guna dan penagih dadah iaitu 21,385 kes diikuti Johor (18,707), Kelantan (18,507) dan Kedah 17,517 kes.
Sementara itu, Perak merekodkan 14,534 penyalah guna dan penagih dadah tahun lalu manakala Pulau Pinang (12,597), Pahang 11,750 dan Terengganu 11,393 kes.

BACA JUGA Padam menjelang Subuh, ini antara 10 kedai di Pantai Chenang yang terbakar
Â