FOTO BERITA | Peningkatan infrastruktur di ‘Bandar Sentosa’ peluang baru untuk penduduk

FOTO BERITA: Sidang Media oleh YB Dr. Gunaraj George ADUN Sentosa berkenaan menaiktaraf Taman Sentosa ke status Bandar. Turut hadir, Tuan Hj Mohd Azmi Jusoh Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja, Tuan Nyaneswaran Subramaniam dan Tuan Thangarajah (Ahli Majlis MBDK ) di Community Development Centre (CDC) No. 19A, Jalan Mohd Tahir 8, Taman Sri Mewah 4, Off Sungai Jati, Klang, Selangor. 19hb Februari 2025 (Rabu)

Menurut YB Gunaraj transformasi ini daripada sebuah taman kepada sebuah bandar adalah bukti usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam membangunkan kawasan ini untuk kesejahteraan penduduk. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan nilai hartanah dan kemudahan infrastruktur, tetapi juga membuka peluang pembangunan yang lebih pesat untuk komuniti setempat. ’

Selain itu, dengan kewujudan Lebuhraya WCE, penaiktarafan Jalan Kebun dari KESAS, serta pembinaan laluan LRT 3, Bandar Sentosa bakal menjadi hab pengangkutan yang lebih moden dan efisien. Kemudahan ini akan meningkatkan aksesibiliti penduduk, merancakkan pertumbuhan ekonomi, serta menjadikan Sentosa lebih strategik sebagai pusat pembangunan baru.

Namun, kami juga memerlukan perkhidmatan yang lebih baik dari MBDK, terutamanya dalam menangani isu banjir dan kebersihan di kawasan ini. Usaha ini memeriukan kerjasama erat antara piliak berkuasa dan penduduk, kerana tanggungjawab menjaga kebersihan dan kelestarian bandar adalah tugas bersama, tambah beliau.

Lebih penting lagi, perubahan minda (mindset change) di kalangan masyarakat amat diperlukan untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih, teratur, dan selamat untuk generasi akan datang. Dengan kesedaran dan sikap tanggungjawab bersama, kita boleh menjadikan Bandar Sentosa sebuah bandar yang maju dan lestari.

Namun, kami juga memerlukan perkhidmatan yang lebih baik dari MBDK, terutamanya dalam menangani isu banjir dan kebersihan di kawasan ini. Usaha ini memeriukan kerjasama erat antara piliak berkuasa dan penduduk, kerana tanggungjawab menjaga kebersihan dan kelestarian bandar adalah tugas bersama.

Lebih penting lagi, perubahan minda (mindset change) di kalangan masyarakat amat diperlukan untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih, teratur, dan selamat untuk generasi akan datang. Dengan kesedaran dan sikap tanggungjawab bersama, kita boleh menjadikan Bandar Sentosa sebuah bandar yang maju dan lestari.

Perasmian dijangka pada 22hb Fabuari sabtu oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid Hussain, Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Klang (MBDK)

Â