Pengkhianat akhirnya bertemu, aksi cium tangan Tun M tuai kecaman
Tular sedutan video rakaman gelagat golongan yang dianggap pengkhianat oleh penyokong Kerajaan Perpaduan ketika menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kelihatan sebahagian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Timbalan Pengerusi blok pembangkang itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencium tangan Mahathir yang sedang melangkah masuk ke sebuah dewan.
Beberapa ahli politik lain termasuk Pas turut bersalaman dan mencium tangan bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan yang pernah “sangat kejam” terhadap Pas dan penyokongnya semasa berkuasa seperti Tragedi Memali.
Mahathir kemudiannya dilihat mengambil tempat duduk dengan diapit oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Rata-rata mengecam pertemuan musuh Kerajaan Perpaduan itu termasuk bertanyakan kemungkinan perancangan ‘tebuk atap’ untuk kali ke berapa.
Ada juga berseloroh bahawa Mahathir tidak suka semua Perdana Menteri sebaliknya “paling sayang” PM4 dan PM7 iaitu dirinya sendiri yang pernah dua kali menjadi Perdana Menteri.
Kelibat Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengekori Mahathir dari pintu masuk dewan hingga ke meja makan turut mengundang kritikan.
Hal ini memandangkan, Takiyuddin pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan semasa pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar.
Pemimpin PN sering digelar sebagai pengkhianat ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Mahathir selepas hanya 22 bulan berkuasa.
Digelar Langkah Sheraton pada Februari 2020, beberapa pemimpin Bersatu dikepalai Mahiaddin dan sekumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar daripada PH.
Mereka kemudian bersama Umno dan Pas membentuk kerajaan baharu, yang kemudian dikenali sebagai PN.
Tindakan tersebut dianggap sebagai pengkhianatan kerana mengakibatkan kerajaan PH tersungkur tanpa melalui pilihan raya.
BACA JUGA MP pra-matang ini elok dinyah dari Parlimen penggal depan
Â