Projek tebatan banjir dan KWSP antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Isu berkaitan projek tebatan banjir dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) bertanyakan kepada Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, mengenai perincian tindakan kementerian berhubung gesaan Perdana Menteri supaya projek tebatan banjir disegerakan dan kos terkini yang perlu ditanggung kerajaan memandangkan proses kelulusan projek pernah dibatalkan pada akhir 2022.

Dalam sesi sama, Chong Zhemin (PH-Kampar) mengajukan persoalan kepada Menteri Kewangan mengenai jumlah keuntungan atau kerugian yang dialami KWSP dalam transaksi pembelian dan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), serta soal keuntungan atau kerugian yang dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat juga, Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) pula meminta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran melalui program TVET.

BACA JUGA MP pra-matang ini elok dinyah dari Parlimen penggal depan

Â