Strategi pembangkang hentam kerajaan

OLEH NORMAN RADZUAN

Selepas 2 tahun sudah tiba di pihak kerajaan memahami strategi pembangkang. Daripada analisis saya ada pelbagai jenis strategi digunakan:

  1. Agama dan kaum
  2. Pembunuhan karektor
  3. Fitnah ( hingga sanggup Fitnah atas nama jihad)
  4. Pecah dan perintah
  5. Menggunakan NGO Melayu yg pro PN

Siapa target mereka?

  1. Anwar Ibrahim
  2. Zahid Hamidi
  3. Mat Sabu
  4. Pemimpin2 DAP
  5. Pemimpin2 Amanah
  6. Target utama adalah Anwar Ibrahim dan faktor utama kerana beliau adalah Perdana Menteri. Naratif dimainkan kononnya Anwar ditunggang DAP, tidak bela Melayu, tidak bela agama dan lemah uruskan negara. Paling jahat apabila pemimpin memfitnah isu sodomi.

Menggunakan pendekatan motivasi iaitu repeatedly cerita yg sama. Contoh adendum walaupun berulang kali dijelaskan tetap diulang ulang utk ditanam ke minda Melayu perkara itu benar walaupun ia sebuah cerita BOHONG/ FITNAH.

Pembunuhan karektor Anwar dijalankan secara agresif. Mereka tahu populariti Anwar meningkat dari semasa ke semasa dan terbaru sudah mencapai 54%. Jadi apa sahaja perjara positif yg diakui dunia dihapuskan dengan pembunuhan karektor seperti disebut di atas.

Sebab itu BERSATU mahu PRU diadakan segera bukan hanya kerana takut kpd perbicaraan mahkamah tetapi takut populariti PMX dan kerajaan Madani ini terus meningkat kerana kemampanan ekonomi yg semakin lama semakin baik.

  1. Zahid Hamidi adalah target kedua kerana keengganannya menerima tawaran PN. Bab Zahid ini agak lucu kerana PN serang karektor Zahid sebagai seorang rasuah. Tapi dalam masa sama mereka tawar kepada Zahid untuk sertai mereka malah ditawar jawatan Perdana Menteri. Maksud halal bersama mereka haram bersama Madani.

Zahid mangsa kepada fitnah pembangkang. Dia dibebaskan berpuluh kes ketika zaman Ismail Sabri tetapi digambarkan seolah olah PMX membebaskannya.

Yang pelik Ketua Pembangkang atau Pengerusi PN sendiri terpalit dengan kes rasuan ratusan juta ringgit. Bagaimana parti Islam boleh melantik seorang yang terpalit kes rasuah yang sedang dibicarakan untuk menjadi ketua mereka?

  1. Mat Sabu diserang kerana beliau adalah Presiden Amanah. Serangan kononnya Mat Sabu gagal menguruskan beras sdgkan harga lantai belian beras adalah tertinggi di zaman Mat Sabu menjadi Menteri Pertanian.
  2. DAP sentiasa dilabelkan sebagai parti musuh Islam dan menjadikan mereka ‘punching bag’ dlm percaturan politik. Apa sahaja bicara DAP dijadikan bahan menaikkan isu perkauman.

Pembangkang jadikan DAP punching bag kerana ini sahaja jalan mudah untuk mereka mendapat kerusi Parlimen Melayu sebanyak mungkin di Semenanjung.

Bila ditanya kepada pembangkang dan diajak berdialog bahayanya DAP tidak ada siapa pemimpin pembangkang berani menyahut cabaran.

Tiada serangan ke atas Sarawak

Apa yang anda dapat lihat strategi pembangkang ini? Mereka tidak berani menyerang pimpinan Sarawak dalam apa jua isu.

Contoh Hadi Awang hanya berani tegur isu di Semenanjung tetapi ada kita lihat Hadi berani menegur kerajaan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris di Dewan Undangan Negeri dan sekolah. Malah khutbah pun mahu dibuat dalam bahasa Inggeris.

Kenapa mereka tidak berani? Ini kerana mereka perlukan Sarawak untuk bentuk kerajaan. Mereka tahu GPS hampir solid kerusi Parlimen di Sarawak. So walaupun isu-isu sensitif dimainkan kerajaan Sarawak, PN ambil pendekatan ‘bisu’ demi kepentingan politik.

Isu agama dan selalu saya tegur Kementerian Agama untuk lebih agresif. Insyallah saya akan bertemu dengan Menteri Agama kerana penting untuk kementerian ini berfungsi dgn baik.

Kita tegur bukan sekadar untuk penulisan tetapi saya mahu Kementerian Agama ini lebih berperanan menyelamatkan Kerajaan Madani.

Dalam strategi bola sepak contoh pasukan Liverpool, pihak lawan menyerang mencari ‘LUBUK’ atau kelemahan pasukan ini. Mereka lihat posisi right back, Alexander Arnold mudah ditembusi (lubuk), pasukan lawan menggunakan kesempatan untuk mendapat gol dengan menyerang di posisi ini.

Begitulah juga kementerian Agama dilihat lemah untuk melawan isu-isu agama dimainkan pembangkang. Akhirnya orang Melayu percaya isu agama yang ditunggang pembangkang.

Pecah dan perintah digunakan kepada parti UMNO dan parti-parti di Sabah. PN berjaya pecahkan UMNO tapi malangnya Presiden UMNO tidak mahu dilihat sebagai ‘pelacur’ politik seperti Pas. Maruah Zahid Hamidi jauh lebih tinggi dari pimpinan Pas yang berubah-ubah mengikut kepentingan kuasa.

Fitnah seperti identiti Pas yang dinormalisasikan tanpa berasa takut dan malu dengan Allah. Mana tidaknya lebih RM 2 juta pemimpin Pas sudah membayar kepada mangsa fitnah mereka.

Tapi mahu tidak mahu senjata FITNAH ini penting untuk kelangsungan politik PN. Jika tidak apa lagi senjata ampuh untuk melahirkan naratif jahat menyerang kerajaan Madani?

Perkauman dimainkan tanpa ada rasa semangat patriotik kpd negara. Ketika ini adalah zaman di mana isu perkauman paling teruk berlaku sejak selepas 13 Mei.

Sebab itu kita tidak hairan bangsa Cina dimaki hamun dgn kata-kata jijik. Ini kerana saban hari pemimpin pembangkang mengapi apikan kebencian kaum demi kepentingan politik.

Terbaru seorang peniaga Melayu meletakkan papan tanda ‘’Tiada jual sama orang keling’. Syaa terkejut pada awalnya dan inilah perkara yang ditakutkan jika pengaruh Pas berkembang. Ini semua kerana terpengaruh dengan kebencian kaum yang dimainkan pemimpin-pemimpin politik.

Bahaya kerana apabila keharmonian tiada, politik akan tidak stabil dan sekaligus ekonomi juga menerima tempias.

Kerajaan perlu ada strategi

Bila kita dpt mengesan strategi lawan, kita tidak boleh hanya tahu, tunggu dan lihat. Cukup 2 tahun defensive dan sekarang tiba masanya kita offensive.

Ia bukan sekadar menggunakan influencer tetapi lebih dari itu. Maaf saya tidak boleh maklumkan strategi atau kertas kerja mengenainya.

Cuma saya berharap kesemua di pihak kerajaan, jangan tidur lena lagi. Kita hanya ada tempoh 2 tahun lebih sedikit untuk mengatasi isu ini.

Kerajaan ini bukan kerajaan gagal tetapi kerajaan ini gagal kerana di pihak kerajaan tiada strategi media yang baik. Strategi media kita ini maaf kata kelakar seram.

Saya ibaratkan media kita ‘berperang’ macam zaman perang American Revolutionary War sekitar 300 tahun lalu… ‘hadap depan2’… tak betul perang cara lapuk begini.

Strategi kena ada, kena mantap baru meletup. Yang penting bila diberitahu kena cergas.

BACA JUGA: Lindungi pekerja media dalam waktu tidak menentu

Â