Apakah Mahathir berhalusinasi selepas Tragedi PRU15 atau doa Fadzil Noor sudah termakbul
Oleh LOKMAN NOOR ADAM
Dalam istilah psikologi, gejala narsistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD) merupakan personaliti atau karakter seseorang yang sentiasa merasakan dirinya sahaja betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara;
Gangguan personaliti narsistik ini adalah antara isu mental yang sangat susah dirawat kerana pesakit lazimnya menganggap personaliti mereka bukan suatu masalah kerana ia tidak memberi kesan buruk kepadanya secara langsung;
Bila selalu merasakan diri sendiri betul, maka orang lain pasti akan sentiasa dilihat salah dan paling kritikal apabila selalu “berhalusinasi” kononnya diri sendiri teraniaya atau dianiayai oleh orang lain. Itulah karektor atau personaliti sebenar insan bernama Mahathir Mohamad;
Sejak mengalami kekalahan yang memalukan pada PRU-15 lalu dengan majoriti cukup besar iaitu 13,518 undi dan turut kehilangan deposit pertandingan, gejala narsistik (NPD) yang ada pada Mahathir ini dilihat semakin menjadi-jadi atau parah dan hari ini gejala tersebut telah diburukkan lagi dengan gangguan “halusinasi” yang cukup serius dan membimbangkan;
Terkini, dalam sebuah podcast “Apa Cerita”, gejala NPD dan gangguan “halusinasi” Mahathir ini sudah tidak dapat dibendung lagi apabila Mahathir mendakwa secara terbuka Perdana Menteri menghalang beberapa pemimpin negara asing daripada mengadakan pertemuan dengan beliau;
Hal ini bertambah lucu apabila Mahathir turut “berhalusinasi” dengan mendakwa Perdana Menteri juga menghalang para penyokong Perdana Menteri sendiri, orang lain dan penyokong Mahathir dari mengadakan perjumpaan dengan Mahathir;
Menghairankan, semua “halusinasi” Mahathir dalam sesi podcast “Apa Cerita” ini tidak langsung menyebut satu nama pun individu-individu yang dikatakan pemimpin negara luar yang dihalang oleh Perdana Menteri untuk berjumpa dengan beliau. Begitu juga pihak yang berada dalam negara ini yang turut didakwa dihalang dari berjumpa Mahathir (tiada satu namapun dinyatakan oleh Mahathir dalam dakwaan ini);
Kemudian beliau berhalusinasi lagi mengenai “pelan damai” jika Perdana Menteri sanggup menarik semula tuduhan yang mendakwa beliau “mencuri duit”. Jika sanggup, beliau akan berdamai dan mungkin menjadi penasihat atau memberi pendapat kepada Perdana Menteri bagi menyelesaikan banyak masalah terutama berkaitan ekonomi, politik, sosial mahupun peribadi;
Pelik tapi itulah hakikat kebenaran betapa seriusnya gejala “narsistik” dan “halusinasi” Mahathir ini. Dalam satu masa (podcast) boleh berhalusinasi dengan dua keadaan berbeza. Begitu juga di luar podcast, sentiasa meratip “saya takda duit” dan merakamkan aksi cari duit dalam rumah. Tapi akhirnya terbukti keluarga Mahathir sendiri ada duit bila anak-anak isytihar harta mencecah RM1 bilion lebih;
Kesimpulannya, kepada Tun Mahathir, cukuplah hanya merenung dan bermuhasabah dengan apa yang terjadi di Langkawi pada PRU-15 lalu. Jangan pergi terlalu jauh untuk tunjukkan kamu masih “hebat”. Tiada siapapun menghalang dan dihalang untuk berjumpa dengan kamu. Podcast seperti “Apa Cerita” pun dengan bebas dan tanpa halangan dapat bersiaran dan berjumpa dengan kamu. Takkanlah podcast “Apa Cerita” ini lebih hebat dan kebal dari pihak lain yang kamu sebut dan dakwa dihalang oleh Perdana Menteri dari berjumpa dengan kamu?;
Mungkin apa yang berlaku pada Mahathir hari ini merupakan kesan dari doa atau kifarah. Mungkin doa dari mantan Presiden PAS iaitu arwah Ustaz Fadzil Noor yang berharap umur Mahathir panjang dan sempat melihat kerosakan yang pernah beliau lakukan dulu dimakbulkan. Sebab itulah keadaan Mahathir kini kelihatan agak luar biasa peliknya.
Walaupun dilantik sebagai Penasihat SG4 oleh PAS, doa ini juga masih belum dipadamkan dalam satu artikel di dalam portal Harakahdaily yang disiarkan sejak 16 & 23 September 2019 lalu.
BACA JUGA Kenapa PMX perlu ke luar negara?
Â