FOTO BERITA | Sambutan Tahun Baru Cina DUN Kajang 2025 pupuk perpaduan komuniti

FOTO BERITA: Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Kajang 2025 bersama YB David Cheong ADUN Kajang. Turut hadir YB Tuan Syahredzan Johan Ahli Parlimen Bangi di Jalan SL 12/1A, Bandar Sungai Long, Kajang Selangor. 22hb Februari 2025 (Sabtu)

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Kajang 2025 berlangsung dengan penuh meriah di Jalan SL 12/1A, Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor. Acara yang disiarkan secara langsung melalui FB Live Harapandaily ini menyaksikan kehadiran ramai penduduk setempat yang bersama-sama meraikan perayaan penuh tradisi ini.

Yang Berhormat (YB) David Cheong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, hadir sebagai tuan rumah majlis tersebut. Turut serta dalam sambutan ini ialah YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi, yang bersama-sama memeriahkan acara dan beramah mesra dengan komuniti setempat.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian singa, paluan gendang Cina, serta pertunjukan seni tradisional yang mencerminkan keunikan budaya masyarakat Cina. Tidak ketinggalan, acara turut menampilkan pemberian ‘angpau’ kepada golongan warga emas dan kanak-kanak, serta jamuan istimewa yang memperkenalkan pelbagai juadah Tahun Baru Cina.

Dalam ucapannya, YB David Cheong menekankan kepentingan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk seperti di Kajang. “Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan bagi masyarakat Tionghua, tetapi juga simbol perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Bagi Isu bau sampah busuk di Sungai Long, dengan kerjasama Parlimen Bangi dan DUN Kajang, YB David menjelaskan hampir sepenuhnya sudah selesaikan.

Bagi isu banjir, “Terima kasih kepada PMX Anwar Ibrahim telah luluskan peruntukan sebanyak RM520 juta untuk selesaikan masalah banjir dengan mendalamkan sungai-sungai di Kajang’ tanbah beliau.

Sementara itu, YB Syahredzan Johan turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang hadir. “Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan perayaan ini. Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesejahteraan, dan kebahagiaan kepada semua,” ujar belia