Wan Fayhsal tersungkur di Machang, MP tapi tewas pemilihan parti
Walaupun bergelar Ahli Parlimen Machang tetapi Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tersungkur dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu gagal untuk merampas jawatan Ketua Bahagian Bersatu Machang apabila kalah kepada penyandang jawatan tersebut, Kamaruddin Ab Kadir.
Wan Fayhsal yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkenaan hanya mendapat 26 undi daripada perwakilan.
Sebaliknya, Kamaruddin mengaut undian sebanyak 103 undi sekaligus tamparan hebat kepada Wan Fayhsal yang pernah digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Pemilihan di Bahagian Parti Bersatu Kelantan dilaksanakan hari ini selepas Machang, selain Jeli dan Gua Musang digantung pada November lalu.
BACA JUGA Pas ‘u-turn’ dalam sokongan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar