FOTO BERITA | Program Selangor Saring Percuma dapat sambutan hangat penduduk Meru

FOTO BERITA: Program Selangor Saring Percuma bersama YB Puan Mariam Abdul Rashid ADUN Meru di Dewan Meru, Kapar, Selangor. 23hb Februari 2025 (Ahad). (Foto: Pusat Khidmat DUN Meru)

Program Selangor Saring Percuma yang diadakan di Dewan MBDK Meru hari ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini turut dihadiri oleh YB Puan Mariam Abdul Rashid, ADUN Meru.

Penduduk yang hadir berpeluang menjalani pelbagai pemeriksaan kesihatan secara percuma, termasuk pemeriksaan fizikal, ujian darah, urin, kanser, mata, dan gigi. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesihatan rakyat sentiasa terjaga serta menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Selangor dalam meningkatkan kesedaran serta akses kepada pemeriksaan kesihatan bagi mencegah penyakit lebih awal. Diharapkan inisiatif seperti ini akan terus diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Selangor







