Kenapa tidak jadikan ternakan ikan haruan industri baru di Malaysia, Mat Sabu ke Kemboja

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan delegasi kementariannya telah memulakan lawatan rasmi ke Kemboja yang merupakan negara pengeluar ikan haruan terbesar dunia.

Kemboja membekalkan 30.24% bekalan ikan haruan dunia.

Di negara tersebut haruan merupakan salah satu sumber protein dan turut mempunyai khasiat perubatan, terutamanya dalam rawatan luka dalaman.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerima taklimat pengusaha kolam ternakan ikan haruan di Kampung Os, Kandal, Kemboja.

Pengusaha kolam ikan haruan dan keli Phon Sovann mengusahakan kolam seluas 147 hektar di Phnom Penh, bersebelahan Tasik Tonle Sap.

Sumber air kolam diperoleh daripada tasik tersebut.

“Air dimasukkan pada waktu pagi dan dipam keluar pada waktu petang bagi menjamin kualiti tumbesaran ikan. Solar panel juga digunakan bagi mengurangkan kos elektrik.

“Kolam ini mampu menghasilkan lebih kurang 2000 tan setahun pada masa ini. Ikan-ikan ini sedia untuk dipasarkan setelah mencapai usia 4 bulan setengah.

“Kolam ini juga turut mengeksport ikan haruan ke negara Thailand dan Vietnam. Ikan haruan dan keli ini juga turut dijadikan ikan kering di sini,” Phon Sovann berkata.

Mat Sabu percaya Malaysia juga mampu mengembangkan undustri penternakan ikan haruan Malaysia.

BACA JUGA: Mentang-mentang menteri DAP yang umum, laju Pas bangkit hal kaum

Â