PRK Ayer Kuning: AMANAH Perak beri laluan
Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata parti beliau kaan memberi laluan kepada Umno untuk meletakkan calon kerajaan perpaduan dalam pilihan raya kecil Ayer Kuning.
“Sokongan yang tidak berbelah bahagi ini antara lain bagi memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa kestabilan politik yang dicapai menerusi kerajaan perpaduan perlu dipelihara dan diperkukuh demi memastikan perancangan dan dasar yang sedang dilaksanakan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat adalah keutamaan kepada negara pada ketika ini,” katanya.
AMANAH Perak turut memutuskan untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan BN bagi merangka strategi menyasarkan pengundi muda dan wanita pada pilihan raya kecil itu dalam mesyuarat pimpinan yang diadakan semalam.
Menurut Asmuni, partinya yakin kerajaan perpaduan Perak boleh menjadi model terbaik dalam mempamerkan keutuhan kerjasama BN-PH dan manfaat yang diperolehi rakyat menerusi dasar dan polisi yang dilaksanakan.
Kerusi DUN Ayer Kuning kosong berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahrudin semalam.
Ishsham memenangi kerusi tersebut dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi dalam pilihan raya negeri pada 2022.
BACA JUGA: ADUN Ayer Kuning rebah di tepi padang bola