Ada apa di sebalik dua RUU yang dibentangkan semalam?

RUU Perkhidmatan Parlimen yang dibentangkan untuk bacaan pertama semalam.

Di bawah RUU ini, Majlis Perkhidmatan Parlimen yang dibentuk akan mengawasi semua perkara berkaitan kewangan perkhidmatan parlimen dan membangunkan dan melaksanakan latihan berhubung perkhidmatan parlimen.

Beberapa jawatankuasa turut dibentuk iaitu jawatankuasa kenaikan pangkat perkhidmatan parlimen, jawatankuasa tatatertib perkhidmatan parlimen dan jawatankuasa rayuan perkhidmatan parlimen.

Majlis Perkhidmatan Parlimen juga berkuasa menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang perlu.

Semua anggota majlis perkhidmatan parlimen dilindungi daripada tindakan guaman dan undang-undang.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 terpakai terhadap apa sahaja Tindakan guaman, guaman atau prosiding ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Pindaan Perlembagaan juga dibuat bersekali agar keahlian Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Yang DiPertua Dewan Negara tidak di dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen tidak menjejaskan kedudukan mereka.