Kerjasama Belle Sense Clinic & Universiti Malaya Lonjak Penyelidikan Teknologi Kecantikan

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Belle Sense Clinik oleh Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Mid Valley, Kuala Lumpur. 24hb Februari 2025 (Foto: Official Event )

Belle Sense Clinic telah dirasmikan hari ini di Mid Valley oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Sri Surani Dato’ Ahmad. Klinik kecantikan ini menawarkan pelbagai rawatan estetik moden dengan pasukan doktor pakar yang berpengalaman.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Surani Dato’ Ahmad menyatakan bahawa kewujudan klinik seperti Belle Sense Clinic memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan kecantikan yang selamat dan berkualiti. “Kesedaran terhadap rawatan estetik semakin meningkat, dan kita perlu memastikan ia ditawarkan oleh klinik yang sah serta dikendalikan oleh pakar bertauliah,” katanya.

Belle Sense Clinic turut mengumumkan perancangan untuk membuka cawangan baharu di Pulau Pinang dan Johor dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Selain perkhidmatan rawatan, klinik ini juga menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi kecantikan terkini. Dengan menawarkan rawatan pada harga berpatutan, Belle Sense Clinic berusaha memastikan lebih ramai individu dapat menikmati perkhidmatan estetik berkualiti tinggi tanpa membebankan kewangan mereka.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh wakil-wakil industri kecantikan, pakar perubatan estetik, serta selebriti tempatan yang berkongsi pengalaman mereka dalam mendapatkan rawatan di Belle Sense Clinic.

Â