Jangan dibiar bahana cleric politics
OLEH: LIYANA MARZUKI
Setahun dulu saya dah bangkitkan. Bila saya perhatikan ada gerakan tertentu di media sosial. Dipelopori akaun-kaun palsu dan War Room tertentu.
Naratifnya sama dan berulang-ulang. Propaganda Raja tak tolong Melayu dan anti Islam.
Saya risau dan melawan. Saya tulis dan beri amaran. Ada gerakan seolah2 nak jadikan Malaysia jadi Republik Iran. Mula-mula menghasut rakyat bencikan Sultan, akhirnya institusi Raja pun ditumbangkan.
Alih-alih ada yang termakan cili ya. Buat laporan polis dan saya dipanggil ke Bukit Aman.
Saya tak paham mengapa, bila saya pertahankan Institusi Diraja saya pula yang kena.
Nasib baiklah polis dan TPR hanya jalankan kerja. Setakat itu saja.
Now, lepas setahun, bibit-bibit kebencian Raja itu sudah menjelma.
Minggu ini sahaja, seorang bekas wartawan dipenjara 6 bulan kerana memfitnah Majlis Raja-Raja.
Semalam pekerja TV3 menghina Sultan Perak sebagai “fasik”. Kalau orang media pun dah lagu ni, yang patutnya faham etika pun dah ke laut, bayangkan rakyat-rakyat yang lainnya?
Mana puncanya?
Ingat tahun dulu, ada dalil keluar dari seorang Presiden Parti, memerli Raja-Raja sebagai Namrud dan Firaun.
Orang partinya ketika memerintah membelakangkan Agong, buat darurat berpanjangan ketika pandemik.
Pemimpin muda mereka mendewakan Presiden Parti lebih dari Raja.
Pewala’ mereka kata, tak perlu hormat Raja, hanya perlu takut Allah sahaja. Itu prinsip yang diajar ya.
Tuan Puan, inilah namanya cleric politics. Politik yang nak orang agama sahaja yang memerintah negara.
Dah lama dah
Cleric Politics ini sudah ditanam 50 tahun dulu. Bermula dengan Amanat Haji Hadi, didokong dengan kewujudan PASTI dan lahirlah generasi pentaksub parti. Mereka takkan berhenti selagi mana parti agama tidak memerintah Malaysia sepenuhnya.
Politik jenis ini ada di mana-mana. Sejak dulu kala. Trendnya sama. Orang agama nak berkuasa, bila dapat memerintah rakyat dan negara, mereka bertukar watak ya.
Rasuah dan salah guna kuasa bercambah pula dan melata. Baru rakyat tersedar rupanya mereka penunggang agama.
Contoh zaman gelap Eropah. Bila Gereja bermaharaja lela. Indonesia alami period politik cleric suatu ketika dulu. Extremist bertambah, bom sana sini. Rakyat jadi terpaling dan radikal sekali.
Namun mereka cepat sedar dan berhenti. Diharamkan penggunaan nama agama dalam parti politik. Cleric dilarang masuk jadi pemimpin.
Iran pun sama. Selepas berpuluh tahun mereka hadapi cleric politics . Sekarang mereka menolak ia. Ketika pilihanraya baru-baru ini, calon cleric ramai yang kalah.
Mereka angkat Presiden seorang teknokrat dan pemegang PhD. Kepercayaan kepada orang agama sebagai pemimpin merudum sekali.
Namun Malaysia terbalik. Politik bersederhana sudah makin hilang. Politik maki hamun dengan dakyah kebencian pula makin cemerlang. Raja pun depa dah mula tentang.
Apa boleh dibuat?
Kerajaan jangan buat tak endah. Ada kuasa 2/3 tu cepat2 buat Akta. Anda kerjanya Legislatur kan? Kerja hakiki patutnya buat undang-undang. Ini yang saya cadang:
- Jangan bergantung sepenuhnya dengan Akta Hasutan. Itu Akta sebelum merdeka. Tinggalan penjajah pula.
Guballah Akta baru, Akta Harmoni Kaum, seperti negara lain. Jadikan kesalahan berat bagi mereka yang ganggu gugat harmoni. Yang menghina dan nak jatuhkan Raja dan institusi.
- Wajibkan pendaftaran semua akaun media sosial dengan orang sebenar. Menolak budaya akaun palsu dan cybertrooper. Ini budaya bahaya. Merekalah pelopor segala politik benci dan adu domba.
Kita pernah buat dulu kan? Wajibkan pendaftaran pengguna telefon. Ini sangat perlu supaya jembalang-jembalang politahi ini tak menjajah minda dan menghasut.
Kalau buat ini dulu pun dah banyak boleh jawab isu. Jangan ditunggu-tunggu.
Bibit kebencian begini seperti api dalam sekam. Jangan sampai ia marak baru nak dipadam.
Sebagai pengundi, kerja kita lindungi Raja dan negara bukan pemimpin dan parti politik. Itu termaktub dalam Rukun Negara.
Maka seeloknya untuk konteks pembinaan negara bangsa. Sama ada politik komunis atau cleric politics . Kedua-duanya nak tumbangkan Raja dan menjahanamkan negara. Wajib kita habis-habisan tolak mereka.