Bekas pegawai PM9 disiasat: SPRM bakal panggil lapan lagi saksi

Butiran terperinci mengenai perkembangan siasatan bekas pegawai kepada Datuk Seri Ismail Sabri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini masih belum diketahui.

Media melaporkan, SPRM akan memanggil lapan lagi saksi bagi membantu siasatan dalam masa terdekat bermula minggu ini dan minggu depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada bekas Perdana Menteri ke-9 akan dipanggil untuk dirakam percakapan atau tidak.

“Selain itu Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) sedang meneliti dokumen-dokumen yang dirampas.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya hari ini.

Sementara itu, media melaporkan ada kemungkinan Ismail Sabri akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

Untuk rekod, dua individu bergelar Datuk antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan dipercayai berkait dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.

BACA JUGA Sembang pasal ‘the Fourth Estate’ dan ‘the Fifth Column’, MP PN ini dihujani meme 26

Â