Dulu wajib bohong demi jaga maslahat, kini Pas ‘bising’ pembohong jadi pemimpin

Pernah menegaskan seseorang itu wajib berbohong demi menjaga kemaslahatan, berbeza pula Presiden Pas hari ini apabila ‘bising’ mengenai isu pembohong jadi pemimpin.

Menerusi siri Minda Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemimpin dalam kalangan pembohong yang fasiq tersembunyi merosakkan negara dan rakyat.

“Berlaku lebih dahsyat ialah dimurkai Allah apabila mengkhianati amanah yang paling besar agar mentadbir dunia dengan petunjuk Allah serta menyerahkan amanah kepada orang yang layak dari sudut iman, akal, ilmu, dan akhlaknya, di samping beriman dan budiman.

“Maka, satu kesalahan yang besar apabila memilih pemimpin kerana sogokan harta dan janji pangkat, bukan kerana kelayakannya. Lebih parah lagi kalau ditipu dengan pembohongannya,” kata Hadi.

Memetik ayat 204 hingga 206 Surah al-Baqarah, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ayat tersebut menunjukkan lahirnya mereka yang bijak bercakap, tetapi menipu orang ramai demi kepentingan diri dan puaknya sahaja.

“Sehinggakan, pembohongannya dianggap benar dan menutup segala kebenaran dengan media yang menjadi saksi yang fasiq.

“Ramai yang menjadi mangsa kezaliman kerana menyeret orang yang tidak bersalah dengan tuduhan yang dicipta, disebabkan menjadi ancaman kepada kedudukan pemimpin yang bohong.

“Rasulullah SAW memberikan amaran akan munculnya pada akhir zaman penyebar-penyebar berita bohong ke seluruh pelosok dunia yang bertugas semenjak pagi sehingga sepanjang hari menjadi pembantu kepada pemimpin yang bohong,” kata Hadi.

Imbas kembali ketika ditemui media di Alor Limbat, Terengganu pada 15 Februari 2019, Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata, demi menjaga kemaslahatan terdapat keadaan yang mana seseorang itu wajib berbohong contohnya jika ia bertujuan menyelamatkan nyawa seseorang daripada penjahat.

‘Dalil’ Hadi ketika itu apabila diminta mengulas isu audio rakaman AJK Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung isu menerima dana daripada Umno.

BACA JUGA Ngerinya tamat riwayat hidup dalam longkang, ramai ucap ‘tahniah’ kepada mat rempit

Â