Suntikan kenaf untuk masyarakat Orang Asli melalui LKTN
Masyarakat Orang Asli Kelantan telah menerima suntikan menerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara setelah mereka dikenalpasti sebagai kumpulan yang berpotensi menghasilkan kenaf untuk tujuan perniagaan dan industri.
Menurut pengerusi LKTN Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah masyarakat orang Asili tinggal di kawasan tanah luas yang belum diusahakan dan mempunyai waktu terluang. Oleh itu, perusahaan kenaf boleh dibuat oleh mereka.
Beliau melihat masyarakat tersebut sebagai pengusaha kenaf utama dan ia boleh membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat ini.
Bercakap kepada delegasi LKTN di Pos Simpor, Gua Musang, Rahim yang kini bersama AMANAH berkata masyarakat Orang Asli berdepan dengan pelbagai pancaroba hidup.
Selain daripada pencerobohan tempat tinggal oleh haiwan liar seperti harimau dan gajah yang mengancam usaha pertanian dan ternakan, masyarakat tersebut juga tidak mempunyai kemudahan infrastruktur dan sosial.
Pos Simpor terletak 98 km dari Gua Musang, yang merupakan daerah terbesar di Kelantan.
Seramai 1,000 Orang Asli cuba mengimbangkan cara hidup nomad mereka dengan kehidupan moden.

Kampung Madani
Menurut Rahim, sebagai langkah pertama LKTN akan mengambil penempatan Orang Asli sebagai kampung Madani dengan tumpuan khas.
Kedua, di bawah wawasan Madani, aktiviti ekonomi dan mampan perlu digabungkan untuk membolehkan penanaman kenaf dan tanaman lain seperti padi huma, serai, halia dan lada hitam boleh digalakkan.
“Kita akan dapatkan bantuan Kementerian Pertanian untuk kampung ini. Kita berharap kenaf boleh ditanam secara meluas berdasarkan faktor tanah dan cuaca,” kata Rahim.
Selain kenaf, komuniti Orang Asli di sini juga boleh menanam pisang dan ubi kayu.
Ini boleh membantu meningkatkan keterjaminan makanan dan membantu menangani permintaan makanan tanpa mengimportnya, kata Rahim.
Penanaman kenaf berkembang
Sejak diperkenalkan sebagai tanaman industri pada tahun 1999 untuk menggantikan tembakau, kenaf semakin banyak ditanam namun Rahim tidak berpuas hati berkenaan kadar kesedaran masyarakat terhadap tanaman yang berasal dari Afrika
Ia ditanam di antara bulan Mac hingga Jun dan dituai dalam bulan Julai sebagai tanaman sampingan selain padi, getah dan kelapa sawit. Penuaian biasanya berlaku antara 75 hingga 120 hari selepas penanaman.
Penanaman kenaf berkembang di Malaysia pada tahun 2010 dengan ladang skala besar di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, dan Johor. Penanaman kenaf untuk benih sedang dilaksanakan di Kedah dan Perlis.
Pada tahun lalu, nilai pasaran produk kenaf mencapai RM8.88 juta, peningkatan sebanyak RM3.31 juta atau 59.32% berbanding RM5.57 juta pada tahun 2022.
BACA JUGA: Kenaf jadi pusat tarikan pelancongan pula
Â