PRK Ayer Kuning: Tarikh akan diumumkan SPR pada 7 Mac

Tarikh pilihan raya kecil DUN Ayer Kuning di Perak akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 7 Mac.

Perkara ini diumumkan sejurus selepas SPR menerima pemakluman rasmi berkenaan kekosongan luar jangka kerusi tersebut daripada Yang d-Pertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Kekosongan tersebut berlaku berikutan kematian penyandangnya Ishsham Shahruddin pada 22 Februari kerana serangan sakit jantung.

Ishsham yang memenangi kerusi tersebut pada kali pertama tiga tahun lalu dalam pertandingan lima penjuru.

BACA JUGA: Kelantan rekod jumlah tertinggi perkahwinan bawah umur sejak 2022

Â