Sultan Pahang titah jangan bahas lagi Titah Adendum, hormat undang-undang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua pihak tidak lagi berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Paduka Baginda menegaskan bahawa ia telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

Baginda tidak mahu mana-mana pihak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik berhubung isu itu.

“Baginda Sultan Pahang, meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

“Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.

“Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

“Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara,” titah Paduka Baginda ketika Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, semalam.

Isu Titah Adendum paling banyak dimainkan oleh pembangkang biarpun Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak boleh mengulas hal itu

BACA JUGA ‘Keuntungan Bernas masuk terus ke akaun pesawah, bukan akaun parti macam dulu’

Â