Amirudin pertahan jawatan naib presiden PKR, tidak dambakan jawatan timbalan
Naib presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari akan mempertahankan jawatan beliau di dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei.
“Saya akan terus berdiri selaku naib presiden kerana kita kena jadi satu suara yang kuat dan padu untuk maju ke depan,” katanya dalam ucapan merasmikan mesyuarat mesyuarat agung PKR Selangor peringkat bahagian dan sayap semalam
Beliau membuat pengumuman tersebut ekoran terdapat permintaan ‘banyak pihak’ agar beliau bertanding melawan timbalan presiden Rafizi Ramli.
Amirudin menggalas jawatan naib presiden sejak 2022. Beliau juga pengerusi PKR Selangor.
PKR akan mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April. Pemilihan bagi kepimpinan pusat akan berlangsung pada 24 Mei.
Semua jawatan dalam majlis tertinggi, sayap Wanita dan Pemuda akan dipertandingkan untuk penggal 2025-2028.