Bekas PM disoalsiasat selama lima jam minggu lepas

Seorang bekas perdana menteri telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama lima jam pada 18 Februari.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah disoal siasat oleh SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan terhadap perbelanjaan promosi dan publisiti Keluarga Malaysia ketika Ismail menjadi perdana menteri.

Sesi soal siasat ini berlaku sebelum beliau pengsan dan dimasukkan ke hospital pada 22 Februari kerana masalah berkaitan tekanan darah.

Ismail dijangka akan dipanggil semula untuk disoalsiasat, lapor New Straits Times.

BACA JUGA: Selepas 30 tahun isu percampuran beras diselesaikan

Â