Tuanku sendiri dah tegur, jangan politikkan
OLEH NORMAN RADZUAN
Ingat nak gunakan Himpunan Pahang Bermunajat utk hasut rakyat.. last last Tuanku Sultan sendiri tegur jangan politikkan himpunan ini. Mana nak letak muka sebab dah hasut org Melayu berhimpun ini…akhirnya kena checkmate dengan titah Tuanku sendiri.
Analoginya mcm penghasut rumah tangga org kononnya isteri jiran didera suami… last last isteri tu kata kami hidup berbahagia.
Kesian org Melayu selepas Himpunan RUU355 ini adalah kali kedua org Melayu di SCAM secara beramai ramai.
Mereka kata Kerajaan Madani derhaka yang FAKTANYA Sultan Selangor murka MB Kedah, Sultan Perak murka khatib tidak mahu baca teks, Sultan Selangor dukacita kenyataan Abdul Hadi, malah Sultan Pahang ketika menjadi amat dukacita, Takiyuddin kelirukan Dewan Rakyat. Itu belum termasuk TM Pahang murka dgn Muhyiddin Yassin atas pertikaian kpd keputusan Sultan Pahang.
Isunya sekarang ada kita dengar Sultan atau Agong murka pada PMX? Sebab itu tabayyun, sebab itu mesti ada critical thinking, sebab itu perlu duduk di sekeliling orang-orang yang benar-benar berilmu kerana kata orang hebat ia umpama kamu duduk seharian di perpustakaan.
Agong sudah bertitah, PM sudah jelaskan, Menteri juga sudah jelaskan dan kini Tuanku Sultan Pahang sendiri telah jelaskan isu adendum dibawah undang-undang dan mahu rakyat hormati… masih mahu tunggang?
Kalau tuan punya diri sendiri beritahu jangan tunggang isu adendum ini… org Melayu ini nak dengar cakap siapa lagi yang mereka boleh percaya??? Takkan tunggu Hadi Awang kata jangan guna lagi isu adendum baru nak percaya???
—————————————————————————
Kepada adik Akmal, UMNO itu bila dirobohkan orang Melayu kerana hilang kepercayaan ia akan ambil masa yang lama untuk kembali.
Sesebuah kerajaan, syarikat atau organisasi itu hanya akan kembali kukuh atau hebat bila rakyat dan pemimpin bersatu atau dlm organisasi ahlinya bersatu.
Penglibatan Akmal membelakangi Presiden dan MKT UMNO hanya menimbulkan perpecahan. Ingatlah UMNO ini bukan milik Najib malah Najib adalah punca UMNO kalah atau hilang kepercayaan org Melayu.
Kalau UMNO mahu bangkit bersatu dengan pimpinan bukan buat kerja sendiri. Suatu hari nanti kamu akan sedar atas kesilapan bersama sama membenihkan fahaman ekstrimis.
Fahaman ini bila ia membesar dan kuat ketika itu tiada apa boleh dilakukan. Percayalah anda masih muda akan dpt melihat apa yang berlaku nanti. Jangan hanya kepentingan diri sendiri keharmonian negara tergadai.
Percayalah cakap abang ini, penglibatan kamu hanya menguatkan parti PAS. Ingat mereka kini ada 73 kerusi Parlimen dan parti kamu hanya ada 25 sahaja. Apabila mereka kuat mereka akan mengetuai kamu dan malah akan membunuh kamu.
Ingat PN melalui BERSATU mahu haramkan parti kamu. PAS apabila kuat atau dominan sebagai parti Melayu nombor satu. UMNO akan semakin ditinggalkan orang Melayu.
Jika bukan Anwar Ibrahim orang kamu benci itu menyelamatkan UMNO hingga sanggup membubarkan Kerajaan PH, sudah lama UMNO menjadi batu nisan.