Apakah anda fikir ini siasatan terpilih, tanya SPRM kepada wartawan di depan longgokan wang, emas

Para wartawan yang menyertai sidang media Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditanya kembali, apakah siasatan yang dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ini sebagai penyiasatan terpilih.

Ini berikutan pertanyaan seorang wartawan kepada beliau, apakah siasatan kepada Ismail Sabri ini satu siasatan terpilih dan bermotifkan politik.

“Apakah anda fikir ini penyiasatan terpilih?” tanya Tan Sri Azam Baki kepada wartawan di sidang media beliau bersama dengan segala bukti yang diperolehi oleh SPRM.

Di depan beliau berlonggok wang tunai dari pelbagai jenis matawang, jongkong emas 16 kg dan barang kemas berjenama mahal.

Wang tunai sahaja bernilai kira-kira RM170 juta manakala jongkong emas bernilai RM7 juta tidak termasuk barang kemas yang dirampas dari sebuah kondo di ibu negara.

Azam berkata, SPRM bertegas dengan prinsip bahawa siasatan mereka adalah professional dan tidak berdasarkan arahan dari pihak luar dan bukan bermotif politik.

Beliau berkata, SPRM menyiasat berkaitan dengan projek kempen media Keluarga Malaysia yang bernilai RM700 juta.

Ia membawa kepada rampasan wang tunai dari pelbagai jenis matawang termasuk ringgit, Yen Jepun, US Dollar, Dolar Singapura, Euro dan lain-lain selain dari Ringgit Malaysia.

Sehingga kini, 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta telah dibekukan, kata Azam, namun akaun Yayasann Keluarga Malaysia belum dibekukan.

BACA JUGA SPRM pamer wang tunai RM170 juta, selonggok emas

Â