FOTO BERITA | Bazar Ramadan Jalan Raja Alang kembali menjadi tumpuan

FOTO BERITA:… Tinjauan Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur. 2hb Mac 2025 (Ahad)

Kuala Lumpur, 2 Mac 2025 (Ahad) – Bazar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru kembali dengan kemeriahan yang luar biasa, menarik ribuan pengunjung sejak hari pertama Ramadan. Suasana bazar yang terkenal dengan pelbagai juadah berbuka puasa ini turut mendapat perhatian portal berita HarapanDaily, yang membuat tinjauan secara langsung melalui Facebook bagi berkongsi pengalaman dengan orang ramai.

Gambaran suasana bazar yang penuh sesak dengan pembeli yang mencari makanan kegemaran mereka, selain menampilkan wawancara bersama peniaga dan pengunjung. Rata-rata netizen yang menonton siaran itu meluahkan rasa teruja, dengan ramai yang berkongsi pengalaman mereka membeli juadah di bazar ikonik ini.

Ada yang menjual ayam percik dan ikan bakar, jualan pada hari pertama sudah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Suasana tahun ini sangat meriah, banyak pelanggan datang awal, dan lebih ramai yang tahu tentang juadah yang dijual.

.Bazar ini menawarkan pelbagai pilihan makanan tradisional dan moden seperti nasi briyani, roti john, air katira, kuih-muih tradisional, serta bubur lambuk yang menjadi hidangan wajib warga kota setiap Ramadan.

Keunikan bazar Jalan Raja Alang adalah kepelbagaian makanan serta suasana klasik Kampung Baru yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional di tengah ibu kota.

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang akan beroperasi sepanjang Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam. Pengunjung dinasihatkan agar datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, selain disarankan menggunakan pengangkutan awam untuk kemudahan.

Ini membuktikan bahawa bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli makanan, tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya yang menyatukan masyarakat dalam suasana penuh keberkatan.
