Ibu Syed Saddiq kata YB Muar dengan Bella macam ‘Romeo dan Juliet’
Ibu kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan ramai selepas memberi bayangan mengenai hubungan Ahli Parlimen Muar itu dengan pelakon Bella Astillah.
Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengatakan kedua-dua mereka sudah seperti “Romeo dan Juliet”.
Dia juga berseloroh mengenai sikap anak lelakinya itu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk Bella.
“Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun dia tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa…tapi kita tengoklah nanti,” kata ibunya.
Sharifah Mahani memberi jawapan secara santai menerusi sesi siaran langsung bersama anak sulungnya yang menggunakan akaun TikTok Spacedollah.
Di ruangan komen pula ramai terhibur melihat gelagat anak beranak yang mengusik Syed Saddiq.
Mereka juga mengandaikan Syed Saddiq memang menjalin hubungan dengan Bella, melihat keterujaan ibu Ahli Parlimen Muar itu yang ‘sporting’ dalam mengulas mengenai hal anaknya.
Syed Saddiq dan Bella dilantik sebagai jenama duta pakaian sebelum hubungan mereka menjadi bualan ramai kerana keakraban yang ditonjolkan.
BACA JUGA KWSP tabung pencen terbaik di dunia, kata pakar pelaburan
Â