Pemilihan DAP: 70 calon bakal bertanding

Seramai 70 calon DAP akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sempena Kongres Kebangsaan Parti ke-18 yang akan diadakan 16 Mac ini.

Daripada 70 calon bertanding, 45 calon terdiri daripada Ahli Parlimen dan Adun.

Jumlah calon wanita pula seramai 15 orang.

DAP mengamalkan pengundian dua peringkat iaitu pertama, perwakilan perlu memilih 30 calon untuk memegang jawatan dalam CEC dan selepas itu, mereka yang terpilih akan mengundi bagi memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung serta jawatan utama lain dalam parti.

BACA JUGA Mujahid seru ‘puasa’ daripada buat fitnah politik, perkauman dan agama

Â