Sumbangan Ramadan untuk anak yatim piatu Allahyarham Muhammad Basir bekas wartawan

FOTO BERITA: Sumbangan Ramadhan untuk anak yatim piatu Allahyarham Muhammad Basir bekas wartawan di Kota Perdana Seri Kembangan Selangor. 2hb Mac 2025 (Ahad)

Tiga anak kepada Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar, bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, telah menerima dua sumbangan wang tunai serta barangan keperluan sebagai sokongan sempena bulan Ramadan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Izwan Khairuddin, bersama wakil petugas media, Yuisriah. Kedua-dua mereka telah berusaha mengumpul dana daripada rakan-rakan pengamal media untuk membantu keluarga tersebut.

Izwan Khairuddin, yang ditemui selepas penyerahan sumbangan di kediaman penjaga anak-anak tersebut di Jalan KP 2, Kota Perdana, Seri Kembangan, berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh anak-anak berkenaan.

“Kami berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat sedikit meringankan bebanan yang mereka pikul. Kami juga mendoakan agar segala urusan mereka berjalan dengan lancar,” kata Izwan ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan.

Allahyarham Muhammad Basir, yang berusia 45 tahun, telah meninggal dunia pada 16 Februari 2025 di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, meninggalkan tiga anak yang berusia antara 10 hingga 15 tahun. Isteri Allahyarham, Nor Azlina, yang juga merupakan bekas jurufoto di Kumpulan Utusan, turut meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.

Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun penjaga mereka, Siti Salha Bt Abu Bakar (CIMB 7618419995), bagi membantu meringankan beban keluarga ini

Â