PM jawab isu KWSP dan KDNK dalam Waktu Pertanyaan Menteri

Waktu Pertanyaan Menteri menyaksikan Perdana Menteri menjawab soalan berkenaan bebanan kepada majikan dalam isu caruman KWSP untuk bukan warganegara. Isu ini dibangkitkan oleh Chiew Choon Man (PH-Miri).

Soalan kedua pula daripada Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkenaan nilai dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar dan nominal Malaysia bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.

Sesi jawab lisan pula menyaksikan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) bertanya sama ada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan pindaan undang-undang untuk meningkatkan perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga, khususnya untuk wanita.

Sebanyak sembilan rang undang-undang akan dikemukakan untuk bacaan kali pertama dan akan dibawa ke semua peringkat dalam sesi mesyuarat ini.

Sembilan RUU tersebut adalah seperti berikut:

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025
RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
RUU Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025
RUU Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025
RUU Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025
RUU KWSP (Pindaan) 2025
RUU Kredit Pengguna 2025
RUU Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025
RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 akan menjalani bacaan kali kedua.

Â