FOTO BERITA | Bazar Ramadan RAHMAH & Inisiatif MySaveFood 2025 dilancar di Sepang

FB Live .. Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan Rahmah (BRR) & Inisiatif MYSave Food oleh YB Senator Hjh. Fuziah Salleh Timbalan Menteri (KPDN) di Tapak Bazar Ramadhan Kipmall Kota Warisan, Sepang, Selangor. 4hb Mac 2025 (Selasa)

SEBazar Ramadan RAHMAH (BRR) & Inisiatif MySaveFood 2025 hari ini dilancarkan secara rasmi oleh YB Senator Hjh. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Tapak Bazar Ramadan Kipmall Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Komitmen Kerajaan dalam membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup melalui penyediaan juadah berbuka puasa yang mampu milik. Menu RAHMAH, yang ditawarkan pada harga RM5 dan ke bawah, terus menjadi pilihan utama bagi memastikan masyarakat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, mendapat makanan berkualiti sepanjang Ramadan.

Selain itu, YB Senator Hjh. Fuziah Salleh turut melancarkan Inisiatif MySaveFood, sebuah program yang bertujuan mengurangkan pembaziran makanan dengan mengagihkan lebihan makanan kepada golongan memerlukan. Tahun lalu, program ini berjaya menyelamatkan lebih 60,000 kg makanan, mengelakkan pelepasan 114,000 kg gas rumah hijau (GHG), serta memberi manfaat kepada pelbagai institusi, masjid, surau dan individu yang memerlukan.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa usaha ini bukan sahaja membantu masyarakat kurang berkemampuan, tetapi juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk mengurangkan pembaziran makanan menjelang 2030.

Bazar Ramadan RAHMAH dan MySaveFood diharap dapat menggalakkan budaya berbelanja secara bijak, mengamalkan transaksi tanpa tunai, serta memperkukuh semangat kebersamaan dan belas ihsan dalam masyarakat sepanjang bulan Ramadan

Bazar Ramadan RAHMAH bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka, tetapi satu usaha membantu rakyat, mengurangkan pembaziran makanan dan memperkasakan ekonomi digital.
.

Kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk mengunjungi Bazar Ramadan RAHMAH berdekatan dan menyokong peniaga tempatan. Para peniaga juga digalakkan menyertai usaha ini dengan menawarkan Menu RAHMAH bagi membantu lebih ramai masyarakat mendapat manfaat.

Penghargaan kepada Pihak Terlibat
KPDN merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan BRR 2025, termasuk kerajaan negeri, PBT, rakan strategik seperti GEMA, sukarelawan, serta penyedia platform teknologi ReMeal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03-8882 5881 / 5905 atau e-mel spip@kpdn.gov.my


