FOTO BERITA | Rodziah Ismail rasmi Program Ihya Ramadan, santuni anak yatim & asnaf

FOTO BERITA: Majlis Tautan Kasih Ihya Ramadhan bersama YB Puan Hjh Rodziah Ismail ( Ahli Parlimen Ampang). Turut hadir YB Senator Datin Hjh Ros Suryati Alang (Ahli Dewan Negara) di Restoran Sambal Bakar On Fire Ampang Jaya, Ampang Selangor. 4hb Mac 2025 (Selasa)

Progran yang berlangsung di Restoran Sambal Bakar On Fire, Ampang Jaya, malam ini menyaksikan kehadiran pemimpin dan masyarakat setempat dalam menyemarakkan keberkatan Ramadan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Puan Hjh Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang, dan turut dihadiri oleh YB Senator Datin Hjh Ros Suryati Alang, Ahli Dewan Negara. Program yang disiarkan secara FB Harapandaily Live ini bertujuan mengukuhkan silaturahim serta menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Acara dimulakan dengan tazkirah Ramadan, diikuti majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Dalam ucapannya, YB Puan Hjh Rodziah Ismail menekankan kepentingan saling membantu dan menyebarkan kasih sayang dalam komuniti, terutama pada bulan penuh keberkatan ini.

Sebagai tanda keprihatinan, majlis turut menyaksikan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf, menceriakan mereka yang kurang bernasib baik menjelang Syawal.

Tambah YB Rodziah untuk terus menyokong program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat. “Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat” katanya


