Dewan Rakyat fokus isu e-waste, pas imigresen lonjakan harga produk kelapa
Isu e-waste, penambaikan pas imigresen dan lonjakan harga produk kelapa menjadi fokus Dewan Rakyat.
Waktu pertanyaan Menteri menyaksikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berkenaan Tindakan tegas dalam usaha membanteras penyeludupan e-waste ke dalam negara susulan serbuan besar-besaran ke tas kilang haram memproses sisa elektronik di beberapa negeri baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menjelaskan inisiatif Jabatan Imigresen dalam memperkasakan penambahbaikan perkhidmatan yang melibatkan urusan pas kemudahan imigresen .
Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu pula memperincikan perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani lonjakan Harga produk berasaskan kelapa.
RUU Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 akan dibentangkan untuk bacaan pertama.
Debat RUU Pemerangkapan Penggunaan Penympanan Karbon 2025 akan diteruskan untuk sesi bacaan kedua.