Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Perdana Menteri di Parlimen

FOTO BERITA: Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Bankuet, Blok Utama, Kompleks Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. 5hb Mac 2025 | 4hb Ramadan 1446H (Rabu)

Majlis yang mengeratkan hubungan antara YAB Perdana Menteri Ahli Yang Berhormat pemimpin serta tetamu jemputan, sambil membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan pembangunan negara, ekonomi, dan kebajikan rakyat.

Sepanjang sesi ramah mesra ini, YAB Perdana Menteri turut berkongsi pandangan serta mendengar maklum balas daripada hadirin mengenai cabaran dan aspirasi negara, terutama dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Johari Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat barisan menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan, dan wakil-wakil dari pelbagai sektor. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada rakyat..

Dengan penganjuran majlis sebegini, diharapkan hubungan antara kerajaan dan rakyat terus kukuh, serta dasar-dasar yang dirangka dapat memenuhi keperluan dan harapan masyarakat secara menyeluruh.

Â