Pinda perlembagaan berhubung larangan ahli Dewan Rakyat tukar parti?

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung larangan tukar parti.

“Kerajaan Madani sehingga kini tidak mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

“Dalam hubungan ini, Kerajaan Madani sentiasa bersedia bagi meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bersama semua parti Kerajaan dan pihak pembangkang.

Pada masa yang sama kerajaan juga mempunyai iltizam untuk menggubal RUU Pendanaan Politik

Sebanyak lapat sesi libat urus telah diadakan.

Pada masa yang sama Azalina mengakui terdapat beberapa perkara dasar yang belum mencapai persetujuan sebulat suara.

“Terdapat beberapa perkara dasar yang belum mencapai persetujuan sebulat suara, seperti keperluan pendanaan awam kepada parti politik, had sumbangan dan entiti yang akan mengawal selia dana politik.

“Justeru itu, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bersama Setiausaha Agong semua parti politik.

“Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh saya sendiri bagi mendapatkan pandangan dan pendirian parti mengenai cadangan penggubalan RUU ini serta membincangkan persoalan dasar yang timbul.”

Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna).

Shafie bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah baik Akta Anti Lompat Parti dan membentangkan Akta Pendanaan Politik di Parlimen sebelum Pilhan Raya Umum ke-16

Â