Sering dituduh anti-Islam, ahli parlimen ini mahu tindakan diambil terhadap semua pihak yang hina Islam, agama lain

Meskipun sering dituduh sebagai anti Islam, RSN Rayer (PH-Jelutong) mahu kerajaan mengambil semua pihak yang menghina agama Islam dan agama lain yang menjadi amalan rakyat Malaysia.

“Seorang bernama Crime Man. Beliau berada di Jerman dan sengaja mengeluarkan perkataan – perkataan yang menghina agama Islam. Crime Man ini saya percaya PDRM telah keluarkan notis untuk ditahan tetapi tidak dapat dikesan.

“Malangnya juga hantaran-hantaran Facebook beliau tidak dapat disekat. TikTok beliau tidak dapat disekat. Beliau tidak berada di negara ini.

“Kenyataan – kenyataannya menular di laman social. Bagaimana kita ingin meningkatkan kecekapan Kementerian Perpaduan untuk menyekat kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan?

“Sama juga dengan Zamri Vinoth, Firdaus Wong, kadang kala Zakir Naik dan beberapa individu seperti Vijayan Savarinathan dan Saravanan Sanmugam.

“Saya sebagai penyokong kerajaan ingin beri penekanan kecekapan kerajaan perpaduan terutamanya Kementerian Perpaduan perlu dipertingkatkan, termasuklah Polis Diraja Malaysia.

“Kita perlu pastikan semua pihak menghormati semua agama. Ini saya beri penekanan. Saya menyambut baik perbahasan YB Pasir Mas yang menyentuh isu Harith Iskandar dan Cecilia Yap yang telah diambil tindakan.

“Persoalan saya, semua agama perlu dihormati. Semua individu yang tidak menghormati agama lain perlu diambil tindakan.”

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025

Crime Man, Vijayan Savarinathan dan Zamri Vinoth merupakan antara yang dinamakan oleh Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang agar diambil tindakan kerana menghina agama.

Klip video Vijayan Savarinathan tular selepas dia mempersendakan posisi umat Islam ketika menunaikan solat.

Zamri Vinoth pula masih belum menurunkan hantaran Facebook yang menghina penganut Hindu yang menunaikan sembahyang dalam sambutan Thaipusam.

Rayer juga telahpun membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth.

BACA JUGA: Legislator lodges police report against controversial Indian Muslim convert preacher

Menteri Perpaduan gesa PDRM, SKMM bertindak terhadap sesiapa persenda, hina agama