Laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin, apa jadi?
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut selepas kertas siasatan mereka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam kes membabitkan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
“PDRM telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 15 Januari 2025. Jabatan Peguam Negara pada hari yang sama telah
mengarahkan PDRM untuk melaksanakan siasatan lanjut,” kata beliau dalam satu jawapan bertulis.
Ia ekoran laporan polis yang dibuat oleh setiausaha Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa terhadap hos rancangan Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy dalam rancangannya itu telah mendakwa kedua-dua menteri tersebut telah terlibat dalam penyembunyian addendum tambahan mantan Agong dalam kes membabitkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saifuddin berkata demikian sebagai jawapan kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong).
Â