Majlis Iftar Ramadhan Ahlaan Wa Sahlaan Bersama OKU & Pesakit Kanser

FOTO BERITA: Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) bersama DTandoor telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Ramadan Ahlan Wa Sahlan bagi meraikan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit kanser.

Majlis ini diadakan di Restoran D’Tandoor, Putrajaya dan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live. Kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Penasihat MAHAR, menambahkan lagi kemeriahan acara yang bertujuan menyantuni serta membawa kegembiraan kepada golongan yang menghadapi cabaran kesihatan dan kehidupan.

Dalam majlis ini, para hadirin berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa istimewa, selain turut berkongsi pengalaman dan menerima kata-kata semangat daripada pemimpin serta aktivis kemanusiaan.

Pengerusi dan Pengasas YKKK, Dato’ Dr Imi Sairi Ab Hadi, turut menekankan kepentingan nilai kasih sayang dalam bulan Ramadan adalah waktu untuk memberi. Kami berharap majlis ini dapat meringankan beban mereka yang sedang berjuang dengan penyakit kronik dan memberi keceriaan kepada golongan OKU dalam suasana yang penuh berkat ini.”

Majlis ini mencerminkan komitmen MAHAR dan D’Tandoor dalam membantu golongan kurang bernasib baik, selari dengan usaha mereka dalam pelbagai program kebajikan.

Menurut Dato’ Seri Haji Abdul Malik Bin Abdullah, Pengerusi DTandoor, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MAHAR dan YKKK untuk menjayakan majlis ini. Ramadan adalah bulan untuk memberi dan berkongsi, dan kami berharap inisiatif ini dapat membawa kegembiraan serta harapan kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran hidup.”

Menurut Penasihat MAHAR, YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, inisiatif sebegini amat penting dalam mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat:

“Ramadan adalah bulan kasih sayang dan keprihatinan. Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi juga untuk memberi sokongan moral kepada golongan OKU dan pesakit kanser. Semoga kita semua terus bersama dalam membantu mereka yang memerlukan” katanya
.

Acara yang berlangsung di restoran Dtandoor ini bertujuan untuk menyantuni mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan masyarakat dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan.
.

Lebih 170 individu dari pelbagai latar belakang telah diraikan dalam majlis ini, termasuk penerima manfaat daripada ketiga-tiga organisasi dan ahli Persatuan OKU.

Di samping majlis iftar ini, DTandoor dan MAHAR turut mengumumkan kerjasama jangka panjang dalam usaha kemanusiaan Bersama MAHAR. Antara inisiatif yang diumumkan:

Tabung Kemanusiaan Gaza, dengan sasaran sumbangan RM1 juta untuk bantuan makanan, ubat-ubatan, dan keperluan asas.

Dapur Ihsan, yang menyediakan makanan untuk penduduk Gaza.

Teknologi Retort, yang membolehkan bantuan makanan bertahan selama dua tahun tanpa pengawet, memastikan keberkesanan pengedaran makanan ke kawasan yang memerlukan.

Majlis ini diserikan dengan pelbagai hidangan tradisional berbuka puasa dan aktiviti kebajikan, sejajar dengan misi DTandoor, MAHAR, dan YKKK dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.





