Siasatan ke atas buku Becoming Hannah: A Personal Journey – ini statusnya
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara setelah merujuk kertas siasatan berkaitan buku tulisan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey.
“PDRM telah menjalankan siasatan Kertas Enkuiri Polis (KEP) sebagaimana laporan polis Dang Wangi Repot 44024/2024 berhubung dengan kes terhadap Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh berkaitan kandungan penerbitan dalam buku bertajuk “Becoming Hannah: A Personel Journey”.
“Justeru, PDRM telah merujuk Kertas Siasatan ke Pejabat Peguam Negara dan masih menunggu arahan selanjutnya,” kata beliau dalam satu jawapan bertulis.
Saifuddin berkata demikian dalam jawapannya kepada Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta berkenaan tindakan terhadap ekoran daripada dakwaan bahawa buku tersebut digunakan untuk menyebarkan agama Kristian dan melanggar perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Untuk rekod, Becoming Hannah: A Personal Journey pertama kali diterbitkan pada 2014.
BACA JUGA: Setelah banyak kali gagal siap stesen bas bersepadu, senator Pas tanya kenapa Pusat tak bina