‘Stesen bas pun tagih Pusat siapkan’, Pas dikecam optimis kaut undi anak muda
Pas dikecam gara-gara optimis kononnya undi anak muda akan memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.
Reaksi itu membanjiri ruangan komentar dalam hantaran di Facebook Pemuda Pas Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri.
“Jentera Pemuda Pas/PN tumpu kerja-kerja memastikan kemenangan calon mewakili Pas/PN untuk PRK DUN Ayer Kuning,” katanya yang juga ADUN Manjoi.
Rata-rata mengkritik dan menyindir Pas termasuk mengaitkan dengan kegagalan kerajaan Pas yang sudah 34 tahun menguasai Kelantan untuk menyiapkan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) pun tidak mampu.
“Stesen bas pun ngendeng orang untuk binakan. Tapi bila pilihan raya sembang nak rebut jawatan. Dah dapat jawatan tiba-tiba jadi dungu.
“Bila dah menang mula merapu dan jadi pasu bunga. Urus Kelantan pun hancur siap nak suruh Kerajaan Pusat bina stesen bas.

“Optimis untuk kemunduran. Kalau atas mereka pun dah tak bijak, yang bawah, apatah lagi.
“Optimis untuk menipu pengundi muda yang jahil,” demikian antara sindiran warganet.
Dalam masa sama, kecaman turut mengaitkan dengan fenomena anak muda di Kelantan dan Terengganu yang berhijrah ke Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk mencari pekerjaan.
Pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning ditetapkan pada 26 April depan manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.
DUN N48 Ayer Kuning memiliki seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 31,897 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.
Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru.
Allahyarham mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).
Calon Pas ketika itu, Muhamamd Noor Farid Zainal hanya mendapat 6,812 undi iaitu 29.03 peratus daripada keseluruhan pemilih manakala calon AMANAH, Mohd Nazri Hashim memperoleh 6,875 undi (29.30 peratus).
BACA JUGA Setelah banyak kali gagal siap stesen bas bersepadu, senator Pas tanya kenapa Pusat tak bina
Â