Amaran: Hujan berterusan di Pantai Timur
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memberikan amaran bahawa hujan berterusan akan melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu sehingga 12 Mac, hari Rabu.
Ketua pengarahnya, Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisa ramalan cuaca terbaharu menunjukkan kehadiran angin ke arah timur.
“Situasi ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan.
Met Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kuat dan lautan bergelora di Laut Cina Selatan sehingga 11 Mac.
BACA JUGA: Jadikan Ku Li penasihat PH-BN, rampas Kelantan
Â