Beri ruang, peluang secukupnya untuk wanita dalam agenda pembangunan negara – PMX
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu wanita diberikan ruang dan peluang secukupnya dalam agenda pembangunan negara dalam semua sudut.
Ini kerana beliau merasakan masih ada kekurangan keterlibatan wanita termasuk pada peringkat dasar
“Setiap kementerian, bicara soal perpaduan ada peranan wanita. Kena ada komunikasi, mesti beri ruang yang secukupnya kepada wanita dalam kalangan penjawat awam walaupun kita saksikan beberapa tokoh utama yang diberikan ruang, kedudukan yang baik dengan prestasi yang membanggakan.
“Saya gesa Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya mencari jalan meningkatkan peranan dan kedudukan wanita setimpal dengan keupayaan mereka,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Sementara itu dalam satu hantaran Facebook beliau menyifatkan ibunya Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein dan isterinya, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai tulang belakang dan sumber kekuatan beliau.
Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.
Tema sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini adalah Untuk Semua Wanita dan Perempuan: Hak, Kesaksamaan, Pemberdayaan.
Tema ini dibuat dengan wawasan memberdayakan generasi Wanita muda pada masa akan datang sebagai pemangkin perubahan jangka panjang.
Tahun ini juga meraikan ulangtahun ke -30 Beijing Declaration and Platform for Act yang mengandungi pelan tindakan yang memperjuangkan agenda wanita sedunia.
BACA JUGA: Jadikan Ku Li penasihat PH-BN, rampas Kelantan