Perkembangan terbaharu dalam pencarian MH370

Biro keselamatan pengangkutan dua buah negara akan memberikan sokongan teknikal dalam usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370.

“MOT juga ingin memaklumkan bahawa United States National Transportation Safety Board (NTSB) dan Australian Transport Safety Bureau (ATSB) telah melantik wakil bertauliah bagi memberikan sokongan teknikal kepada misi ini,” kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pagi ini.

“Kerajaan menghargai kerjasama erat dan bantuan daripada semua pihak yang terlibat dalam salah satu usaha pencarian paling kompleks dan mencabar dalam sejarah penerbangan.

Perkembangan ini adalah rentetan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 13 Dis 2024 untuk menerima cadangan Ocean Infinity untuk memulakan semulakan operasi pencarian di Kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip no find no fee.

Pesawat malang tersebut hilang bersama 227 penumpang dan 12 kru pada tahun 2014.

Kementerian Pengangkutan turut menzahirkan rasa simpati kepada waris keluarga penumpang dan kru.

BACA JUGA: Tidak sesuai dengan semangat Madani, janganlah ini yang terlintas di fikiran rakyat

Â