Majlis Agama Islam Narathiwat dedah remaja 14 tahun pun ada ke Thailand untuk bernikah

Ada segelintir pasangan dari Malaysia termasuk yang masih di bawah umur hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat untuk bernikah.

Paling muda adalah remaja berusia 14 tahun yang datang dengan alasan wali tidak memberi izin untuk berkahwin.

Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, jika berdepan pasangan seperti itu, beliau akan menerangkan dengan baik bahawa pihaknya tidak menikahkan pasangan bawah umur.

“Kes seperti ini tidak banyak, namun ada. Ada kes di mana pasangan yang datang membabitkan perempuan berusia 14 tahun atau 16 tahun, namun yang lelaki sudah dewasa,” katanya menurut Berita Harian.

Kata Abdul Aziz, walaupun ramai menganggap berkahwin di Thailand adalah mudah, namun majlis agama Islam wilayah itu tidak akan menikahkan pasangan bawah umur.

“Kita hanya menikahkan pasangan yang berusia 17 tahun ke atas,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, selain pasangan bawah umur, ada juga lelaki terdiri golongan warga emas datang ke Thailand untuk berkahwin.

“Walaupun pihak lelaki sudah berusia 60 tahun ke atas, kebanyakan wanita masih muda.

“Lingkungan usia paling banyak ramai mendapatkan khidmat nikah di sini adalah sekitar 30-an hingga 40-an,” katanya.

BACA JUGA Penjawat awam jangan terlalu bermewah, jika mampu pakai Myvi jangan beli Vios

Â