Lebih 100 orang Asli di Kelantan berarak ke mahkamah untuk selamatkan tanah pusaka
Lebih 100 Orang Asli suku Temiar dari Kampung Kelaik, Gua Musang berarak ke Mahkamah Tinggi hari ini untuk mendengar perbicaraan kes tuntutan tanah pusaka milik nenek moyang mereka.
Menurut laporan, mereka yang diketuai Tok Batin, Ahak Uda tiba dengan dua bas ekspres pada jam 10 pagi.
Dalam kes ini, plaintif iaitu Tok Batin bersama dua orang penduduk memfailkan saman terhadap 14 defendan termasuk beberapa syarikat pembalakan, agensi kerajaan negeri dan kerajaan negeri Kelantan kerana didakwa menceroboh tanah mereka untuk aktiviti pembalakan.
Saman itu difailkan pada 2021 bagi pihak mereka dan 200 penduduk untuk memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Kota Bahru bahawa mereka adalah pemilik sah tanah pusaka terbabit.
Mereka diwakili peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh.
Menurut Sinar Harian, 14 defendan yang dinamakan termasuklah
1) Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd
2) Redstar Capital Sdn Bhd
3) Aqua Orion Sdn Bhd,
4) Damai Corporate Services Sdn Bhd
5) Sindiyan Sdn Bhd
6) Sindiyan Agro Park Sdn Bhd.
7) Ladang Kelantan Sdn Bhd
8) Ikrar Bumi Sdn Bhd
9) Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd
10) Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd
11) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan
12)Jabatan Perhutanan Kelantan
13) Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)
14) Kerajaan Negeri Kelantan.
Pernyataan tuntutan mereka mendakwa defendan menceroboh tanah pusaka milik nenek moyang untuk menjalankan aktiviti perlombongan, pembalakan serta penanaman kelapa sawit dan pokok getah yang menjejaskan kehidupan seharian penduduk kawasan sekitar.
Perbicaraan hari pertama ini berlangsung di hadapan Hakim, Hasbullah Adam.
BACA JUGA Lelaki ‘delete’ akaun lepas tuduh masjid di Perak tidak dibenar azan guna pembesar suara