FOTO BERITA | Pemuda AMANAH fokus strategi dan masa depan parti

FOTO Berita: Sidang Media & Majlis Berbuka Puasa bersama pimpinan Pemuda Parti AMANAH Negara di Ideas Hotel Kuala Lumpur. 9hb Mac 2025 (Ahad)

Pemuda Parti AMANAH Negara hari ini mengadakan Sidang Media dan Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti di Ideas Hotel, Kuala Lumpur. Acara yang berlangsung pada petang Ahad memberi peluang kepada penyokong dan rakyat untuk mengikuti perkembangan semasa parti.

Sidang media yang diadakan sebelum berbuka puasa menyaksikan kepimpinan Pemuda AMANAH berkongsi pandangan mengenai isu-isu politik semasa, strategi parti menjelang pilihan raya, serta inisiatif yang bakal dilaksanakan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya golongan muda.

Sidang Media diketui oleh Ketua Pemuda YB Senator Mohd Hasbie Muda dan pemimpin utama Pemuda AMANAH, serta tetamu jemputan Suasana kemesraan jelas terasa apabila hadirin bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa dalam semangat ukhuwah dan perpaduan.

Program ini mencerminkan komitmen AMANAH dalam mendekati rakyat serta memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan akar umbi, sejajar dengan prinsip perjuangan parti yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan keadilan sosial.

Siaran langsung di Facebook Live Harapandaily membolehkan lebih ramai penyokong mengikuti perkembangan dan berinteraksi secara langsung dengan pemimpin Pemuda AMANAH.




